Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1965. Terletakdi kawasan luar bandar di jajahan Pasir Mas. Jarak antara bandar Pasir Mas dengansekolah ini ialah lebih kurang 30 kilometer dan pekan terdekat ialah pekan Rantau Panjangiaitu sejauh 10 kilometer. Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau adalah di bawah pengawasanPejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas. Sekolah Padang Tok Pendekar Penubuhan sekolah ini adalah cetusan daripada kesedaran pemimpin masyarakat dikawasan sekitarnya yang cukup menyedari bahawa pendidikan lala amat penting bagianak-anak. Hasil daripada perjuangan mereka maka pada pertengahan tahun 1964Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau mula dibina. Ia dibina di atas tanah seluas lebih kurang8 ekar. Bangunan sekolah ini merupakan bangunan pasang siap di mana semua peralatanuntuk membina bangunan adalah dibawa terus dari bandar. Akhirnya, terbinalah satu blokbangunan kayu yang menjadi asas kepada perkembangan Sekolah Kebangsaan KubangKuau. Blok ini dibahagikan kepada beberapa buah bilik darjah, pejabat dan bilik guru.Setelah bangunan ini siap maka pada tahun 1965 sekolah ini dibuka dengan rasminya.Peringkat awal penubuhan sekolah ini muridnya antara 40 hingga 50 orang sahaja. Gurubesar pertama sekolah ini ialah Encik Jaafar bin Salleh. Kawasan tanah tapak sa inidulunya dikenali sebagai Padang Tok Pendekar. Maka, sebab itulah peringkat awalpenubuhan sekolah ini ia lebih dikenali sebagai “Sekolah Padang Tok Pendekar”. Pada tahun 1999, dua blok bangunan baru mula dibina sebagai tambahan kepadabangunan yang sedia ada. Dua blok bangunan ini masing-masing satu tingkat dan duatingkat. Dua blok bangunan baru ini bukan saja menempatkan bilik darjah, malahmenempatkan pejabat baru, bilik guru, bilik gerakan, PSS, Makmal Sains, Bilik Kaunseling,Bilik Kesihatan, Bilik Muzik dan lain-lain lagi. Serentak dengan pembinaan blok baru inidibina juga bangunan kantin yang baru. Bangunan ini mula digunakan sepenuhnya padapenghujung sesi persekolahan tahun 2000. Dengan penggunaan bangunan baru inimenyebabkan pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Kubang Kuau dapatdijalankan secara satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Pada tahun 2003, sebuah MakmalKomputer dibina untuk digunakan oleh pelajar sekolah ini. Pembinaan semua infrastruktur disekolah ini membolehkan pelajar-pelajar menerima pendidikan yang sama tarafnyadengan pelajar-pelajar sekolah lain di bandar Post navigation VISI DAN MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Lencana Sekolah